Wednesday, May 23, 2012

Cottage Pie Mudah

Semalam duk terfikir nak buatkan maira biskut. Tapi tgk blender tak basuh lg, terbantut jap niat. (padahal bukan susah nak basuh pun). Nampak kentang, terasa nak buatkan maira pai yang dia suke sangat. bukak peti sejuk tgk yg ade cuma daging, carrot ngan tomato. jadi la, asal ade...


 Topping

Bahan :
1. 4 biji kentang direbus hingga lembut.
2. 1/4 cawan susu segar
3. 1 sudu unsalted butter

Cara :
1. Kentang dipotong dadu & direbus hingga lembut.
2. Lenyek kentang dan campurkn susu segar & unsalted butter.


Filling

Bahan :
1. 1/2 biji bawang besar (cincang)
2. 1 ulas bawang putih (cincang)
3. 200gm daging cincang
4. 1 biji tomato (potong dadu)
5. 1/2 batang lobak merah (potong dadu)
6. 1/2 sudu tepung jagung (bancuh dgn 1/2 cawan air)
7. Olive oil
8. 1/2 sudu teh lada hitam

Cara :
1. Tumis bawang besar & bawang putih.
2. Masukkan daging, goreng hingga daging masak.
3. Masukkan semua bahan kecuali tepung jagung.
4. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung.


Bila dah siap semua, sya letak sikit kentang kat bahagian bawah acuan. pastu sudukan filling. last sekali, tutup semua dengan kentang tadi.



Hasil sebelum bakar



Hasil selepas bakar

Bahan2 sangat mudah. sepatutnya ade lada benggala, cendawan butang, kacang panggang, garam dll...tapi memandangkan yang nak makan tu si Humaira, jadi saya buat yang simple je. macam ni pun Humaira makan sampai 3 biji. bile ayahnye makan, maira duk 'naaakkk...nakkk...' lagi. next time buat, nak tabur cheese skit, bagi nampak cantik.



No comments:

Post a Comment