tahun ni, anak2 dh duduk taska. sedap la skit nk rancang utk sambutan birthday diorg. kalau nk sambut kat rumah, budget tinggi + tak ramai budak2...dah la birthdaay masing2 bulan Mac...jd laaaagi jimat...hehehe...
Bila ada kwn2 yg sambut birthday, kerap sgt anak2 bwk balik jajan. sya mmg tak biasakn anak2 dgn jajan...kesian dgn perut diorg yg kecik lg tu...lgpun jajan2 ni bukan ade khasiat pun. kdg2 tu ada jajan dr jenama yg tak dikenali pun...ntah halal ke te tidak. biasa kalau dpt jajan, kami akan buang je. tak pun kami yg tak kuat iman ni akan mkn. anak2 pun dh biasa tak mkn jajan, takde bsungguh sgt pun bila dpt goodies bag.
So utk birthday Humaira & Hadhirah thn ni, encik suami sponsor rm300 utk sambut birthday anak2. pandai2 la sya nk uruskan. tema utk birthday kali ni, kami pilih Hello Kitty.
Senarai perkara2 yg perlu kami sediakn utk sambutan birthday anak2:
Goodies Bag :
1. white paper bag (nk buat goodies bag sdiri konon2nya, tiru kat sini)
2. air kotak dutch lady
3. apam dot2
4. lolichoc oreo
5. small puzzle
6. buih sabun
Lain2 :
1. Kek
2. belon pink & putih
Kek pun berangan nk buat sdiri. konon nk buat kek 100% dr buah2an. yg susun2 buah sampai jd bentuk kek tu. tp ntah jd ke tak...kalau tak jd, mmg tempah jugak la gamaknye...
so ni perancangan je. nnt kita tgk jd ke tak...huhuhu....
Anakku - Permata Hatiku
Sekadar berkongsi pengalaman & pengetahuan
Saturday, March 1, 2014
Wednesday, May 23, 2012
Cottage Pie Mudah
Topping
Bahan :
1. 4 biji kentang direbus hingga lembut.
2. 1/4 cawan susu segar
3. 1 sudu unsalted butter
Cara :
1. Kentang dipotong dadu & direbus hingga lembut.
2. Lenyek kentang dan campurkn susu segar & unsalted butter.
Filling
Bahan :
1. 1/2 biji bawang besar (cincang)
2. 1 ulas bawang putih (cincang)
3. 200gm daging cincang
4. 1 biji tomato (potong dadu)
5. 1/2 batang lobak merah (potong dadu)
6. 1/2 sudu tepung jagung (bancuh dgn 1/2 cawan air)
7. Olive oil
8. 1/2 sudu teh lada hitam
Cara :
1. Tumis bawang besar & bawang putih.
2. Masukkan daging, goreng hingga daging masak.
3. Masukkan semua bahan kecuali tepung jagung.
4. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung.
Bila dah siap semua, sya letak sikit kentang kat bahagian bawah acuan. pastu sudukan filling. last sekali, tutup semua dengan kentang tadi.
Hasil sebelum bakar
Hasil selepas bakar
Bahan2 sangat mudah. sepatutnya ade lada benggala, cendawan butang, kacang panggang, garam dll...tapi memandangkan yang nak makan tu si Humaira, jadi saya buat yang simple je. macam ni pun Humaira makan sampai 3 biji. bile ayahnye makan, maira duk 'naaakkk...nakkk...' lagi. next time buat, nak tabur cheese skit, bagi nampak cantik.
Tuesday, May 22, 2012
Mini Pizza
Sebelum ni Humaira byk alah...jadi kena bhati2 bila nk bagi makanan. Tapi bila umur dah masuk setahun, alah maira hilang sikit2. Ibu pun dah berani nak pelbagaikan makanan.Maira pun tak la bosan sangat, asyik2 makan bubur je. So satu hujung minggu, ibu buatkan maira mini pizza untuk sarapan. Untuk ayah & ibu, ibu lebihkan bahan2.
Bahan2 :
Sekeping roti
sedikit pes tomato
lobak merah & brokoli (sagat)
bawang holland (potong dadu kecil)
tomato (potong dadu kecil)
cheese mozarella
Cara buat :
1. sapu roti dengan pes tomato
2. tabur semua bahan kecuali cheese
3. tabur cheese
4. bakar sampai cheese cair
Maira suka sangat makan piza ni. Senang je nak buat. Pagi2 sebelum ibu pegi keje pun ibu boleh siapkan untuk sarapan maira...
Bahan2 :
Sekeping roti
sedikit pes tomato
lobak merah & brokoli (sagat)
bawang holland (potong dadu kecil)
tomato (potong dadu kecil)
cheese mozarella
Cara buat :
1. sapu roti dengan pes tomato
2. tabur semua bahan kecuali cheese
3. tabur cheese
4. bakar sampai cheese cair
Maira suka sangat makan piza ni. Senang je nak buat. Pagi2 sebelum ibu pegi keje pun ibu boleh siapkan untuk sarapan maira...
Wednesday, May 16, 2012
Si Nakal
Ini la puteriku yang bernama Humaira Safwah. muka dia nakal kan? ni la penyeri hidup saya dan suami. setiap hari ade je keletah yang mencuit hati. dalam masa keje pun saya dan suami boleh bersms bercerita pasal si kecik ni. macam la dah lama sangat tak jumpa. tapi keceriaan hidup kami memang dipengaruhi si kecik ni...cinta hati ayah & ibu...
Humaira & Susu Ibu
Humaira dh nak masuk setahun 2 bulan...dan sepanjang tu anak daraku itu cuma minum susu ibu...full breastfeeding ni bukan senang dan tak la terlalu susah. cuma ibu yang bagi susu ibu sepenuhnya mesti kuat. kuat fizikal & mental. antara kesan-kesan best yang saya dapat :
- Humaira sangat jarang demam. umur dh lebih setahun pun boleh kira berapa kali je dia demam. itu pun cuma sehari dua & atas sebab2 nak tumbuh gigi @ nak pandai apa2. selsema pun jarang.
- Masa bawah 6 bulan, diapers jarang basah. memang jimat diapers. tapi sekarang ni lagi jimat, pasal saya dah beralih pada cloth diapers.
- Kami tak pernah ada duit peruntukan untuk beli susu formula. kami tak pernah pun pening tak cukup duit pasal berabis banyak untuk susu formula.
- Walaupun badan anak dara saya kecik je, tapi keras. isi pejal2...
- Saya tak perlu pun bangun malam untuk bancuh susu. lagi la humaira dah besar ni, kalau dia nak menyusu tengah malam, saya cuma kena mengiring je. dia pandai la cari sendiri..
Antara alasan-alasan ibu yang gagal full breastfeeding yang saya biasa dengar :
- Susu memang takde, nak buat camne.
- Takde masa la. banyak keje nak buat.
- Leceh nak pam2 ni.
- Susah nak panaskan susu ibu. kalau susu formula, bancuh je. terus boleh minum.
- Takde duit nak beli pam mahal2 (hello...kalau duit susu formula tu dikumpul2, boleh beli berpuluh pam murah tau).
Jadi terpulang pada individu. Nak berkorban untuk kesan yang baik @ nak bersenang-senang tanpa fikir apa yang baik untuk anak. ketahuilah, SUSU IBU ADALAH SUSU TERBAIK.
Tuesday, May 15, 2012
Pemotong Epal
Gadget baru di dapur...dah lama cari pemotong ni lepas tengok dalam satu blog kenalan. Akhirnya jumpa kat Econsave Pontian. Harga pun murah je, RM6.90. Sejak ada pemotong ni, tiap2 pagi ibu dapat bekalkan buah-buahan kukus untuk maira...
Pasta for kids
Humaira nampak berselera bila ibu bagi makan spageti. Jadi ibu try masak pasta for kids (beli kat cosway) untuk gantikan spageti. Emm...maira tak suka sangat mkn makanan yang kasar, jadi ibu blend je semua sekali. Sebelum blend sedap, dah blend lagi sedap. Ibu pun curi2 makan...
Bahan2 :
Segenggam pasta direbus (bergantung pada berapa banyak anak makan)
brokoli & lobak merah (dikukus)
Bahan sos putih :
1/2 biji bawang besar (potong dadu)
1 sudu besar unsalted butter
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan susu segar
sedikit serbuk lada hitam
sedikit oregano
Cara buat sos putih :
1. Tumis bawang menggunakan butter.
2. Masukkan tepung gandum, kacau sebentar.
3. Masukkan susu segar, kacau sampai pekat sedikit.
4. Tabur serbuk lada hitam & oregano.
Saya rasa sedap...macam sos carbonara pun ade...selamat mencuba
Bahan2 :
Segenggam pasta direbus (bergantung pada berapa banyak anak makan)
brokoli & lobak merah (dikukus)
Bahan sos putih :
1/2 biji bawang besar (potong dadu)
1 sudu besar unsalted butter
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan susu segar
sedikit serbuk lada hitam
sedikit oregano
Cara buat sos putih :
1. Tumis bawang menggunakan butter.
2. Masukkan tepung gandum, kacau sebentar.
3. Masukkan susu segar, kacau sampai pekat sedikit.
4. Tabur serbuk lada hitam & oregano.
Saya rasa sedap...macam sos carbonara pun ade...selamat mencuba
Subscribe to:
Posts (Atom)



